Official App

DAPATKAN APLIKASI RASMI

Tiada FOMO ketika anda menggunakan Aplikasi Rasmi - kami yang pertama mendapatkan pengumuman rasmi dari kelab, pengurus dan pemain. Ia terjadi dalam satu tempat: United Now - satu tempat untuk segalanya tentang United, sekarang.

Notifikasi yang sangat laju untuk membuatkan anda yang terpantas mengetahui apabila kami mengumumkan pemain baru, kontrak pemain atau khabar kecederaan dan berita pasukan langsung dari pengurus.

Kami juga membawa anda video eksklusif, temuramah pemain, artikel menarik, undian dan kuiz.

Pada hari perlawanan, anda mendapat liputan penuh dalam United Now, tetapi jika statistik secara langsung yang anda mahu anda boleh menuju ke Match Centre untuk membaca perlawanan.

Tekan ikon pitch (atau swipe dari kanan ke kiri) dalam United Now dan anda akan dapat lihat barisan pemain dan formasi. Apabila sepak mula, Influencers akan menunjukkan pemain mana yang mempunyai impak paling besar. Tekan pada pemain untuk melihat statistik lebih dan bandingkan dengan pihak lawan atau rakan sepasukan Head-to-Head.

Sementara itu, maklumat Momentum menunjukkan pasukan mana yang menguasai permainan. Dan itu semua dikemaskini secara langsung seperti mana yang berlaku di atas padang.

Aplikasi ini untuk anda, penyokong dan kami mahu dengarkan daripada anda…

Satu-satunya tempat untuk mengundi Man of the Match anda, anda boleh mengambil tempat dalam ramalan undian atau Match Quizzes kami yang sangat popular - menguji pengetahuan anda terhadap penyokong yang lain.

Anda juga boleh memberi reaksi pada apa yang berlaku di atas dan luar padang dengan menggunakan emoji Man Utd untuk - Like, Cheer, Chant dan juga Boo dalam masa yang sepatutnya ketika perlawanan - atau anda boleh berkongsi Stiker Rasmi dengan rakan-rakan (lebih lagi di bawah).

Ini masanya untuk anda menjadi sebahagian dari United! Peribadikan pengalaman aplikasi anda dengan mencipta profil anda sendiri - pilih nama dan nombor di jersi dan pilih pemain kegemaran anda.

Anda juga boleh sesuaikan notifikasi anda untuk berita harian dan fitur atau perlawanan jadi anda tidak akan terlepas khabar-khabar penting.

Dengan mendaftar, anda boleh mengakses pada Stiker rasmi di mana anda boleh berkongsinya dengan rakan-rakan melalui chat atau media sosial.

PERTANYAAN